Di suatu ketika
terdapat satu pemberontakan yang di dalangi oleg enam orang handal yang hendak
memberontak menentang Raja. Almarhum Tokku Paloh telah mengajak ke-enam-enam
pendekar tersebut dalam satu perbincangan bersama-sama dengan D.Y.M.M. Tuanku
di pondoknya di Paloh. Pada hari tersebut, sebelum perbincangan dimulakan,
Almarhum Tokku Paloh telah membuat suatu siasat di mana ia telah mengulingkan
buah pinang yang hendak di makamnya bersama sireh dan buah pinang tersebut
telah jatuh berguling berhampiran kepada enam pendekar tersebut. Dengan nada
yang bersahaja, Almarhum Tokku Paloh telah meminta salah seorang daripada enam
pendekar itu untuk tolong mengambil buah pinang tersebut. Salah seorang
daripada enam pendekar tersebut cuba mengambil pinang tersebut tetapi tidak
berjaya mengangkat buah pinang tersebut. Maka salah seorang lagi daripada
mereka pula mencuba pula tertapi gagal juga dan perkara yang sama berterusan
sehingga kesemua enam-enam pendekar tersebut tidak mampu mengangkat buah pinang
tersebut.
Almarhum Tokku
Paloh telah bangun dan dengan terbonkok-bongkok (kerana umur beliau telah
lanjut di waktu itu) pergi mengambil buah pinang tersebut. Dengan hanya
menggunakan dua jari sahaja Almarhum Tokku Paloh telah mengambil buah pinang
tersebut dan dengan sendiran tajam, dimulai dengan nada yang lemah lembut
kemudiannya keras beliau mengatakan sekiranya buah pinang yang sebegitu ringan
tidak terdaya oleh mereka mengangkatnya, bagaimana pula mereka hendak
memberontak melawan Tuanku. Kenyakinan kenam-enam pendekar tersebut telah jatuh
berkecai ketika itu menyedari hakikat kebenaran kata-kata Almarhum Tokku Paloh
dan bertapa kecil ilmu yang hendak mereka jaja berbanding dengan ilmu kebatinan
Almarhum Tokku Paloh.
Menyedari hakikat
ke-enam-enam pendekar tersebut telah mengaku kalah, D.Y.M.M. Tuanku hendak
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka tetapi setelah di nasihati oleh
Almarhum Tokku Paloh untuk membuangkan mereka ke Siam, maka D.Y.M.M. Tuanku
telah merestui akan permintaan Almarhum Tokku Paloh. Di percayai bahawa
keturunan daripada ke-enam-enam orang yang di buang ke Siam masih berada disana
dimana kebanyakan daripada keterunan tersebut terlah menjadi samseng-samseng
dan penjahat-penjahat di sana.
NOTA:
Cerita diperolehi daripada YAM Dato' Engku
Bijaya Sura (Syed Umar al-Idrus) dan dirakamkan pada tahun 2005
Nabi berperang pun pakai baju besi . Hak tuihh
ReplyDeleteNabi berperang pun pakai baju besi . Hak tuihh
ReplyDeleteKhalid Ibnu Walid pula tiada pakai baju besi selepas anuti Islam. Jin yg ada pada berhala pun dia bunuh & segala perang yg ada dia tak pernah Kalah. Nabi ajar apa kat dia?
ReplyDeleteTujuan Nabi turun ke Muka bumi utk Bersih kan akhlak manusia spt si Binggai sherlock Holmes ni.
Itu Jalan yg Allah bagi kpd insan Pilihan nya.