Tokku Merajuk Lari Ke Kelantan


Mengikat kisahnya, Almarhum Tokku Paloh pernah diwaktu kecilnya merajuk hati terhadap ayahandanya Almarhum Tokku Tuan Besar di atas sesuatu perkara. Tanpa pengetahuan sesiapa, Almarhum Tokku Paloh telah membawa diri ke Kelantan.

Suatu ketika kemudian selepas daripada itu, sesuatu pemasalahan agama telah di tujukan kepada Istana Kelantan dan tiada siapa yang boleh menjawab pemasalahan berhubung dengan perkara yang di tujukan itu melainkan jawapan yang di berikan oleh seorang budak kecil (Almarhum Tokku Paloh). Setelah di selidiki oleh pembesar negeri maka di ketahuilah bahawa budak kecil tersebut ialah anak daripada seorang ulama besar Terengganu iaitu Almarhum Tokku Tuan Besar. Maka D.Y.M.M. Tuanku Sultan Kelantan ketika itu telah menjemput Almarhum Tokku Paloh untuk di ajak tinggal di Istana Raja Kelantan.

Setelah Almarhum Tokku Tuan Besar mendapat tahu berita mengenai perkara tersebut, maka beliau telah mengirimkan satu utusan untuk menjemput Almarhum Tokku Paloh untuk kembali ke Terengganu.

NOTA:
Cerita diperolehi daripada YAM Dato' Engku Bijaya Sura (Syed Umar al-Idrus) dan dirakamkan pada tahun 2005

No comments:

Post a Comment