Sembahyang Berimamkan Nabi Khidir a.s.


"Tokku mengajar di surau ini juga", cerita Sayid Abdul Aziz, sambil menunjuk balai serbaguna yang dibangunkan oleh Tokku Paloh itu.

Menurutnya, semasa hayat Tokku Paloh, sekurang-kurangnya dua kali Nabi Khidir a.s datang berjemaah Subuh di balai tersebut. Peristiwa pertama berlaku semasa Tokku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid-muridnya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. Selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelab kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri.

Tokku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid-muridnya: "Kamu tahu siapa yang jadi imam tadi?" Masing-masing diam dan Tokku Paloh terus berkata: "Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu."

Kali kedua, Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tokku Paloh menjadi imam. Selain balai itu, Tokku Paloh mendirikan sebuah masjid kira-kira 10 rantai dan rumahnya sebagai tempat mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu. Masjid itu juga menjadi tempat murid-muridnya belajar ilmu dan mengadakan perhimpunan besar bagi merayakan satu-satu majlis
yang berkaitan agama.

No comments:

Post a Comment