Jauh di negeri
China, di sebuah negeri bernama Shanghai, seorang anak gadis telah bermimpi
sebuah mimpi yang aneh. Dalam mimpi si gadis tersebut, beliau berada di sebuah
tempat yang begitu asing bagi nya. Dalam mimpinya, beliau berada di sebuah
negeri yang penuh dengan pokok-pokok kelapa. Dalam mimpinya juga, beliau
terjatuh dalam sebuah gaung yang penuh dengan api. Beliau menjerit ketakutan
dan tak semena-mena seorang tua telah datang dan menarik beliau dari api
tersebut. Begitulah mimpi yang di alami oleh gadis tersebut dan beliau telah
menceritakan kepada ayahnya keesokan paginya. Suatu perkara yang menghairankan
kedua beranak tersebut ialah bahawa ayahnya juga mengalami mimpi yang sama.
Mereka percaya bahawa ianya merupakan satu alamat yang mana mereka harus pergi
ke tempat dimana adanya banyak pokok-pokok kelapa sebagaimana dalam gambaran
mimpi mereka itu.
Si ayah
teringatkan akan saudaranya yang ada di Terengganu ketika itu dan mengambil
keputusan untuk ke Terengganu. Setelah berjumpa dengan saudaranya yang di
Terengganu itu dan setelah menceritakan tentang mimpi si ayah dan si anak
gadisnya, saudaranya berpendapat bahawa orang tua yang di maksudkan dalam mimpi
tersebut ialah Almarhum Tokku Paloh. Saudaranya itu pun membawa mereka ke Paloh
untuk menemui Almarhum Tokku Paloh. Di dalam perjalanan tersebut, si ayah dan
si anak gadisnya dalam keadaan kehairanan kerana tempat yang di lalui banyak
pokok kelapa sebagaimana dalam gambaran yang terdapat dalam mimpi mereka
sebelum ini.
Sesampai mereka di
rumah Almarhum Tokku Paloh, sedang beradanya ramai orang kerana Almarhum Tokku
Paloh sedang menyampaikan ajaran agama ketika itu. Kerana tidak mahu menganggu
majlis tersebut, si ayah, si gadis serta saudara mereka hendak beredar untuk
tunggu di tempat lain dahulu. Almarhum Tokku Paloh menyedari kehadiran mereka
meminta mereka supaya jangan pergi dan mengatakan jangan takut lagi kerana tak
ada api lagi di situ.
Seterusnya, si
ayah dan si gadis tadi telah memeluk agama Islam dan si gadis tersebut telah
menikahi Almarhum Tokku Paloh dan telah menjadi salah seorang muridnya yang
pandai dan bijaksana. Beliau juga telah mengajar banyak wanita tempatan untuk
mengaji Al-Quran dan pelajaran agama lainnya.
NOTA:
Cerita diperolehi daripada YAM Dato' Engku
Bijaya Sura (Syed Umar al-Idrus) dan dirakamkan pada tahun 2005
No comments:
Post a Comment