Diriwayatkan bahawa
Armarhum Tokku Paloh adalah seorang yang sangat berpegang teguh kepada Syariat
Islam. Maka terjadi peritiwa di mana seorang hamba Allah yang tidak mahu
menjalankan Syariat yang mana Almarhum Tokku telah pergi berjumpa untuk
menasihatinya. Orang itu tidak mahu mendengar nasihat daripada Almarhum Tokku
Paloh dan sanggup menerima hukuman daripada Almarhum Tokku. Almarhum Tokku
Paloh telah mengugut untuk mengheretnya di api sekam padi yang dibakar dan
beliau telah sanggup menghadapi hukuman tersebut.
Almarhum Tokku
Paloh telah benar-benar menjalankan ugutannya dan orang tersebut telah diheret
pada api sekam padi yang dibakar pada sebuah kawasan sebagai hukuman tidak
menjalankan Syariat agama. Kerana tidak
dapat menahan bahang api tersebut, orang tersebut telah menjerit-jerit untuk di
lepaskan dan berjanji akan menjalankan Syariat sebagaimana yang di tuntut oleh
Islam tersebut. Mendengar akan janji-janji tersebut maka orang itu telah di
lepaskan oleh Almarhum Tokku Paloh.
NOTA:
Cerita diperolehi daripada YAM Dato' Engku
Bijaya Sura (Syed Umar al-Idrus) dan dirakamkan pada tahun 2005
No comments:
Post a Comment