Burung Mati Semasa Menumbuk Padi


Diceritakan bahawa semasa Almarhum Tokku Paloh masih kecil, terjadi sesuatu perkara ganjil berlaku terhadap dirinya iaitu diwaktu beliau sedang bekerja menumbuk padi. Terdapat banyak burung pipit yang datang untuk hendak memakan beras-beras padi tersebut. Apabila sahaja Armarhum Tokku Paloh menghentak penumbuk padi tersebut, dengan kehendak Allah s.w.t. habis kesemua burung-burung tersebut jatuh dan mati. Armarhum Tokku Paloh pun berasa amat kasihan dan telah membelai burung-burung yang telah mati tersebut. Tanpa di semena-mena, dengan izin Allah s.w.t. burung-burung yang mati tersebut telah hidup kembali dan terbang semula dan tidak lagi datang untuk memakan beras-beras padi tersebut selepas daripada itu.

NOTA:
Cerita diperolehi daripada YAM Dato' Engku Bijaya Sura (Syed Umar al-Idrus) dan dirakamkan pada tahun 2005

No comments:

Post a Comment