Dalam
usaha memastikan Paloh terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran
undang-undang, Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad
Al-Idrus, menubuhkan pasukan penguatkuasa yang dikenali dengan nama Budak Raja.
Pasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang
dipikul oleh pasukan polis hari ini.
Untuk
memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempat, cacatan sejarah
menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari,malah pada hari tertentu beliau
keluar dengan berselubung Kain di kepala. Tindakannya itu untuk memudahkan
beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya ada perkara tidak baik
berlaku, Tokku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada
keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tokku
Paloh terhadap keselamatan nak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab ra.
Selain
gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri
di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar
serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.
Dalam
kehidupannya, Tokku Paloh lebih banyak berhubung secara peribadi dengan Sultan
Zainal Abidin III berbanding perhubungan resmi. Hubungan erat itu terbukti
apabila salah seorang isteri Tokku Paloh, Tengku Mandak ialah kekanda Sultan
Zainal Abidin III sendiri. Sultan berkenaan juga menyerahkan anaknya, Tengku
Sulaiman, kepada Tokku Paloh untuk dijadikan anak angkat serta diberi didikan
agama.Tengku Sulaiman kemudian menjadi Sultan Terengganu ke 13 yang memerintah
dari 1920 hingga 1942.
No comments:
Post a Comment